Idea - Log



Rakyat Malaysia kurang minat terhadap bidang keusahawanan adalah berdasarkan beberapa faktor luaran dan dalaman . Sejak kecil lagi kebanyakan ibu bapa telah mengalakkan anak-anak mereka untuk menceburi bidang-bidang tertentu seperti kedoktoran , arkitek , akauntan dan bidang-bidang lain yang dianggap professional . Ini secara tidak langsung menyebabkan remaja kurang pendedahan dan motivasi untuk menceburi bidang kesusahawanan . Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh kerajaan mahupun organisasi swasta untuk mengalakkan remaja menceburi bidang keusahawanan namun kurang menunjukkan kesan . Contohnya Johor Corparation yang telah melancarkan BISTARI Entreprenuership Programme bertujuan untuk mengalakkan penglibatan pelajar institut pengajian tinggi untuk memulakan perniagaan . Walaubagaimanapun pelajar masih lagi memilih untuk mengisi masa terluang mereka untuk berkerja di restoran-restoran dan pusat beli belah dengan alasan bayaran gaji diterima mereka adalah lebih mahal . Sebaggai mahasiswa , mereka sepatutnya berfikiran jauh kerana dengan menyertai program-program begini , mereka dapat menimba ilmu dan pengalaman yang mungkin tidak dipelajari di universiti .

            Rakyat Malaysia juga beranggapan bahawa bidang keusahawanan ini adalah pekerjaan yang berisiko . Berbeza dengan bekerja dibawah sesebuah organisasi , memulakan perniagaan bermaksud mereka akan mempunyai pendapatan yang tidak tetap . Rakyat Malaysia cenderung memlih jalan pintas untuk semua perkara . Mereka menganggap bahawa apabila digajikan , mereka dapat menjamin kelangsunggan hidup mereka dengan pendapatan yang tetap . Namun ini tidak benar sama sekali kerana jika dirancang dengan sebaiknya , memulakan perniagaan sendiri juga dapat menjamin masa depan seseorang bukan sahaja dalam jangka masa pendek malah untuk jangka masa panjang juga . Memulakan perniagaan juga memerlukan seseorang itu untuk mengubah gaya hidup mereka . Hal ini menyebabkan mereka kurang selesa kerana telah menjadi kebiasaan mereka untuk bercuti di hujung minggu . Oleh itu , mereka memberi alasan bahawa perniagaan memerlukan komitmen masa yang banyak dan mereka kurang bersedia untuk mengubah jadual mereka . Mentaliti begini yang meyebabkan bidang keusahawanan kurang mendapat sambutan oleh rakyat Malaysia lantas bidang ini dimonopoli oleh pihak luar .

            Bidang keusahawanan juga memerlukan seseorang untuk bereksperimen dengan perniagaan mereka . Sesebuah pernigaan itu tidak semestinya bertahan lama dalam industri atas sebab-sebab tertentu . Contohnya perniagaan penjualan makanan yang selalu berkait dengan trend dan selera pemakanan masyarakat Malaysia . Jika tiada inovasi dan pembaharuan oleh seseorang usahawan , organisasi mereka berpotensi untuk gagal dalam jangka masa panjang . Faktor demografi juga merupakan sebab sesebuah perniagaan tidak dapat berahan lama . Kurangnya kajian sebelum memulakan perniagaan menyebabkan perniagaan itu mengalami kesukaran untuk mendapat pulangan yang diharapkan . Misalnya pembukaan restoran-restoran ‘hipster’ yang menjadi trending di Malaysia kini . Walaupun semasa mendapat sambutan yang mengalakkan dari pelanggan semasa fasa awal pembukaan , namun sambutan ini tidak konsisten malah  semakin menurun dari hari ke hari . Hal ini demikian kerana , makanan yang dijual di kafe ‘hipster’ selalunya dijual pada harga yang lebih mahal dari restoran-restoran biasa dan kuntiti yang dijual juga kurang menepati kehendak masyarakat Malaysia .

            Satu kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa 50 peratus perniagaan tidak dapat bertahan dalam lima tahun pertama dan hanya satu per tiga perniagaan yang mampu bertahan selama 10 tahun pertama . Statistik ini tidak semestinya menunjukkan bahawa sesebuah perniagaan itu gagal , terdapat sesetengah pernigaan yang dijual kepada pihak lain namun ini menunjukkan sikap manusia yang mudah berputus asa dalam suatu kegagalan  . Sebaiknya kita mencontohi usahawan berjaya seperti Elon Musk pengasas SpaceX  dan Ceo Tesla , Colonel Harland David  Sanders pengasas KFC dan Soichiro Honda iaitu pengasas Honda . Usahawan-usahawan ini mempunyai zaman kegagalan mereka sendiri namun sikap tidak mudah berputus asa menyebabkan mereka menjadi berjaya dan terkenal . Masyarakat Malaysia seharusnya memupuk nilai ini dalam diri mereka . Satu kegagalan tidak semestinya gagal selamaya . Seperti yang telah dinyatakan , sekiranya sesebuah perniagaan itu tidak berjaya , kita sepatutnya membuat kajian dan bereksperimen dengan perniagaan lain supaya kita dapat menemui formula yang sesuai dengan ekosistem masyarakat Malaysia lantas merentas ke peringkat global .

            Kesimpulannya , kurangnya minat rakyat Malaysia untuk  menceburi bidang keusahawanan adalah bukan disebabkan faktor kewangan kerana terdapat banyak pihak yang telah menyedia pelbagai inisiatif pinjaman wang mahupun penajaan . Kurangnya minat rakyat Malaysia terhadap keusahawan adalah disebabkan metaliti rakyat kita yang telah dipupuk sejak dari kecil untuk selesa dengan apa yang sedia ada dan tidak berani mengambil risiko . Maka , kita sebagai generasi yang mendatang harus mengubah mentaliti ini kearah yang positif kerana masa depan negara terletak di genarasi muda kini . 



MUHAMMAD AMMAR ZHARFAN BIN MD RASUL

Comments