Technology - Log

Rompakan Carbanak 

Kebiasaannya apabila merompak sebuah bank , perompak akan mangambil duit dan angkat kaki . Namun berlainan pula kisahnya pada rompakan Carbanak ini. 

Kumpulan pengodam ini merompak bank dengan menghantar emel phishing kepada seorang pegawai bank dan seterusnya menjangkiti 100 lagi buah komputer dalam bank tersebut melalui rangkaian tertutup bank tersebut . Kumpulan ini seterusnya mencari komputer yang yang mempunyai akses tertinggi kepada sistem bank  .

Sebelum kumpulan pengodam ini memindahkan wang dalam bank tersebut , mereka mempelajari dahulu bagaimana sistem-sistem bank ini berfungsi dan seterusnya merompak lebih 100 institusi perbankan di 30 buah negara . 



Setelah mempelajari selok-belok sistem perbankan , mereka dapat memindahkan wang tanpa dikesan . Malah bukan itu sahaja , mereka juga mampu mengawal mesin ATM dengan mengeluarkan wang-wang dalam ATM. Hasil rompakan adalah dianggarkan sebanyak 1 Billion Dolar menjadikan rompakan Carbanak rompakan yang terbesar dalam sejarah perbankan.



rujukan  

https://www.quora.com/What-is-the-greatest-heist-in-history-and-why/answer/Bill-McKenney?share=40aab791&srid=uw4cl

https://www.kaspersky.com/blog/billion-dollar-apt-carbanak/7519/

https://www.scmagazineuk.com/carbanak-set-to-double-down-on-1-billion-heist/article/530552/

Comments